Wednesday 18 January 2017

LATIHAN KESELAMATAN & PENGUNGSIAN BANGUNAN 2017

16 Januari 2017 (Isnin)

Satu Latihan Keselamatan & Pengungsian Bangunan telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai Lerek dengan kerjasama Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu.  Program ini telah dianjurkan oleh Unit HEM, Program 3K (Keselamatan).



Thursday 12 January 2017

MAJLIS TEMU MURNI BERSAMA IBU BAPA MURID UPSR 2017

11 Januari 2017, telah diadakan Majlis Temu Murni bagi Murid UPSR Tahun 2017 bersama YDP PIBG SK Sg Lerek di Bilik iKelas.


PEMANTAUAN ANUGERAH PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER TERBAIK PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Pada 11 Januari 2017, kami telah dikunjungi oleh Pegawai BTPNT dan Pegawai PKG Langkap untuk proses penghakiman bagi Anugerah Pengurusan Makmal Komputer Terbaik Peringkat Negeri Terengganu bagi tahun 2016.


Wednesday 11 January 2017

PEMANTAUAN ANUGERAH PENGURUSAN PUSAT AKSES TERBAIK PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Satu pemantauan telah dijalankan bagi Anugerah Pengurusan Pusat Akses Terbaik Peringkat Negeri Terengganu bagi Tahun 2016 pada 10 Januari 2017.  Pemantauan ini diadili oleh Pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT).

Pusat Akses SK Sg Lerek telah dinobatkan sebagai Pusat Akses Terbaik Negeri bagi Tahun 2015. Semoga masih menjadi milik kami untuk tahun ini. 



Monday 9 January 2017

MAJLIS PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN SEKOLAH 2017

Majlis Pelantikan Badan Kepimpinan Sekolah 2017 telah diadakan pada 8 Januari 2017 dan telah dirasmikan oleh Ketua Polis, Balai Polis Chalok, Tuan Abdul Majid bin Abdullah.  Badan Kepimpinan Sekolah terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Briged IT dan Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas. 

Ketua Pengawas bagi sesi 2017 pula diamanahkan kepada Adik Nur Dalila binti Abd Razak.