Guru Pemacu Transformasi Pendidikan merupakan tema Hari Guru 2018. Warna warni hari guru SKSL pada tahu ini. Selamat Hari Gurubuat semua warga pendidik.
Tahniah kepada pihak Pengurusan di bawah naungan Pn. Zanariah binti Jaafar kerana berjaya meraih kejayaan di peringkat kebangsaan iaitu Johan Kepimpinan Teknologi Maklumat sempana Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.
Perayaan Hari Guru SKSL 2018 disambut dengan meriah selama 3hari. Bermula pada hari ini merupakan hari pertama di mulai dengan sukaneka Guru & AKP. Semua guru, AKP & pekerja Swasta turut mengambil bahagian. Acara yang dpertandingkan adalah bowling kelapa & membaling gelung rotan ke dalam kon.
Adik Awal Irfan merupakan pelajar Tahun 6 SK Sungai Lerek yang telah berjaya menjadi salah seorang pengacara di Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu. Tahniah juga kepada guru pembimbing Pn. Bintul 'Aaqilah binti Sulaiman kerana berjaya membimbing beliau ke peringkat ini. Tahniah juga pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Ketua PPD Setiu yang baru dilantik iaitu Tuan Haji Yasmin bin Yusof telah melawat warga SK Sungai Lerek pada 23 April 2018. Dalam taklimat ringkas beliau sempat berpesan supaya setiasa bekerjasama bagi menaikkan nama sekolah di peringkat yang lebnih tinggi.
Program Sihat Sepanjang Hayat anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Setiu.
Tarikh : 19 April 2018
Tempat : Dewan Terbuka SKSL
Murid Sekolah Kebangsaan Sungai Lerek, Setiu gembira bergambar kenangan selepas selesai Program Sihat Sepanjang Hayat yang diadakan di sekolah ini baru-baru ini.