Thursday, 17 May 2018
Wednesday, 16 May 2018
Sambutan Hari Guru
Guru Pemacu Transformasi Pendidikan merupakan tema Hari Guru 2018. Warna warni hari guru SKSL pada tahu ini. Selamat Hari Gurubuat semua warga pendidik.
Terima Kasih Cikgu
Acara Padang Guru vs Murid
Johan Kepimpinan Teknologi Maklumat
Tahniah kepada pihak Pengurusan di bawah naungan Pn. Zanariah binti Jaafar kerana berjaya meraih kejayaan di peringkat kebangsaan iaitu Johan Kepimpinan Teknologi Maklumat sempana Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.
Tuesday, 15 May 2018
Pertandingan Persembahan Seni Kreatif Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2018
Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah Pertandingan Persembahan Seni Kreatif Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2018.
Tempat : Dewan Besar SMK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu, Terengganu.
Tarikh : 15 Mei 2018
Penyertaan : SK Sungai Lerek mewakili Daerah Setiu
Pencapaian : Kelima Terbaik mendapat RM1,550.00 daripada penganjur (ASNB).
Monday, 14 May 2018
Perayaan Hari Guru di sambut meriah
Perayaan Hari Guru SKSL 2018 disambut dengan meriah selama 3hari. Bermula pada hari ini merupakan hari pertama di mulai dengan sukaneka Guru & AKP. Semua guru, AKP & pekerja Swasta turut mengambil bahagian. Acara yang dpertandingkan adalah bowling kelapa & membaling gelung rotan ke dalam kon.
Sunday, 6 May 2018
Kejohanan Bola Jaring MSSD Setiu
Kejohanan Bola Jaring Daerah Setiu
Tempat : Kompleks Sukan Sungai Tarom, Setiu
Tarikh : 5 April 2018
Anjuran : Majlis Sukan Sekolah Daerah Setiu
Team Bola Jaring B12 Zon Setiu Barat
Wakil Sekolah :
1. Nur Nazifa Nasuha bt Mad Asri (Tahun 6)
2. Nur Atikah bt Mohd Azri (Tahun 6)
Thursday, 3 May 2018
Tuesday, 1 May 2018
Tahniah Adik Awal Irfan
Adik Awal Irfan merupakan pelajar Tahun 6 SK Sungai Lerek yang telah berjaya menjadi salah seorang pengacara di Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu. Tahniah juga kepada guru pembimbing Pn. Bintul 'Aaqilah binti Sulaiman kerana berjaya membimbing beliau ke peringkat ini. Tahniah juga pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Monday, 23 April 2018
Kunjungan Pertama Tuan Ketua PPD Setiu
Ketua PPD Setiu yang baru dilantik iaitu Tuan Haji Yasmin bin Yusof telah melawat warga SK Sungai Lerek pada 23 April 2018. Dalam taklimat ringkas beliau sempat berpesan supaya setiasa bekerjasama bagi menaikkan nama sekolah di peringkat yang lebnih tinggi.
Sunday, 22 April 2018
Program Sihat Sepanjang Hayat
Program Sihat Sepanjang Hayat anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Setiu.
Tarikh : 19 April 2018
Tempat : Dewan Terbuka SKSL
Murid Sekolah Kebangsaan Sungai Lerek, Setiu gembira bergambar kenangan selepas selesai Program Sihat Sepanjang Hayat yang diadakan di sekolah ini baru-baru ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)












